Keluarga mangsa lubang benam buat upacara terakhir
Keluarga warganegara India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India telah melakukan upacara terakhir di lokasi tragedi hari ini, sehari selepas usaha mencari dan menyelamat dihentikan.
Astro Awani melaporkan suami, anak lelaki, dan anak perempuan G Vijaya Lakshmi dilihat menyalakan pelita minyak dan membunyikan loceng - sebahagian ritual Hindu.
Mereka juga dilihat mengambil segumpal tanah dari lokasi tersebut.
Stesen TV itu melaporkan keluarga berkenaan yang berada di Malaysia untuk bercuti, akan pulang ke India petang ini.
Pada 23 Ogos, Vijaya Lakshmi, 48 tahun, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8 meter di Jalan Masjid India ketika dalam perjalanan ke sebuah kuil berdekatan.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama sembilan hari tetapi terganggu oleh keadaan yang berbahaya.
Kerajaan semalam memutuskan untuk beralih kepada misi mencari dan pemulihan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai