Skip to main
Logo Malaysiakini

Mahkamah Switzerland tak sebut Jho Low wakil Najib - peguam

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Mahkamah di Switzerland minggu lalu tidak membuat sebarang penemuan bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) pernah mewakili bekas perdana menteri Najib Razak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitu mahkamah jenayah itu berkaitan sabitan Mahkamah Switzerland terhadap pegawai eksekutif  Petrosaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid dan Patrick Mahony.

Pada 28 Ogos, mahkamah di Switzerland mendapati Obaid dan Mahony bersalah menyalah guna dana 1MDB dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh dan enam tahun.

“Mahkamah di Switzerland tidak pernah menyebut berkaitan penglibatan Najib (atau Low bertindak bagi pihak Najib,”  kata Shafee dalam perbicaraan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM2.27 billion terhadap Najib hari ini.

Shafee memberitahu perkara itu kepada hakim Collin Lawrence Sequerah.

Shafee mengingatkan bahawa terdapat pengakuan bebas dan keterangan  yang yang membuktikan tiada idea atau pemberian kebenaran untuk memberi kuasa kepada Low untuk bertindak sebagai wakil Najib dalam urusan 1MDB untuk menyertai usaha sama dengan PSI.

[Baca berita asal]