Skip to main
Logo Malaysiakini

Akaun Facebook palsu guna nama, gambar timbalan perdana menteri

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Akaun Facebook yang menggunakan gambar profil Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan nama ‘Fadillah Yusof’ atau username ‘@fadillah.yusof.2024’ adalah akaun palsu.

Perkara tersebut dimaklumkan Fadillah menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau berkata akaun palsu direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan laporan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut.

“Akaun Facebook ‘Fadillah Yusof’ yang menggunakan gambar profil saya bukan akaun milik saya. Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar menerusi akaun berkenaan,” katanya yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Beliau turut memaklumkan akaun rasmi Facebooknya adalah pada pautan https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL , manakala akaun Facebook peribadi di pautan https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL.

Pada 20 Nov tahun lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu, sementara pada 25 Dis 2023, satu akaun palsu di Facebook dikesan menggunakan gambar profil beliau dengan nama 'Haji Fadillah Yusuf'.

- Bernama