Skip to main
Logo Malaysiakini

MOU dengan k’jaan: PN akan umum keputusan beberapa hari lagi

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata dalam beberapa hari akan datang pihaknya akan membuat pengumuman penting berkaitan draf memorandum persefahaman (MOU) mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang.

Sebelum itu, perbincangan diadakan dengan ahli parlimen pembangkang dan kepimpinan pusat PN.

“Mesyuarat itu (yang diadakan baru-baru ini) memutuskan antara lain cadangan MOU yang dikemukakan itu agak luar biasa, agak begitu menyulitkan, bukan satu yang benar-benar berniat nak bantu wakil rakyat,” katanya pada sidang media di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor hari ini selepas penamaan calon PRK DUN Mahkota.

Kata Muhyiddin pembangkang tidak gembira dengan draf MOU berkenaan.

Awal bulan ini, ketua whip ahli parlimen pembangkang Takiyuddin Hassan berkata kerajaan telah mengemukakan tujuh syarat untuk dipersetujui oleh PN sebagai pertukaran kepada peruntukan kewangan bagi ahli parlimennya.

[Baca berita asal]