Skip to main
Logo Malaysiakini

Pelajar tahfiz perlu dipersiap berdepan kelompok Islamofobia - PM

Artikel ini sudah 22 hari diterbitkan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu golongan pelajar huffaz dipersiapkan dengan ajaran Islam yang sebenar bagi berdepan kelompok Islamofobia dan pihak yang menanam kebencian menerusi Islam di negara ini.

Beliau berkata hal ini kerana agama Islam di negara ini berada dalam persimpangan disebabkan kelompok itu yang mencemarkan kesuciannya.

“Sebab itu anak-anak (huffaz) sekalian terus tumpu dalam amalan kita. Yakin bahawa masa depan kita cemerlang. Tetapkan pendirian bahawa mesej Islam ini mesej kebenaran, risalah Islam ini risalah keadilan, menyatukan dan penuh dengan rahmah dan kasih sayang, ini yang harus kita tetapkan.

“Kita faham hak bukan Islam tetapi jangan dia bawa fahaman barat Islamofobia, tak boleh sebut pasal Islam. Jadi, kita harus berdepan pihak ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan 24K Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam.

- Bernama