Skip to main
Logo Malaysiakini

Ahmad Maslan nafi Akmal diminta tak sertai kempen PRK Mahkota

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

PRK MAHKOTA | Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan menafikan Dr Muhamad Akmal Saleh diminta untuk tidak menyertai kempen ekoran isu pensijilan halal.

Menurut Ahmad, pertembungan antara ketua Pemuda Umno itu dengan pemimpin DAP Teresa Kok adalah isu peribadi antara kedua-duanya dan tidak melibatkan parti.

“Ini pertembungan antara dua peribadi, bukan antara dua parti. Saya melihatnya begitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di acara Pesta Tanglung di di Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Luan Khor di Kluang, Johor malam ini.

Terdahulu, Free Malaysia Today memetik sumber dalaman Umno sebagai berkata, peranan Akmal dalam PRK Mahkota dikurangkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengundi Cina.

Masyarakat Cina merangkumi 35 peratus pengundi di DUN Mahkota.

Sebelum kempen bermula, dua pemimpin PH Johor menyuarakan kebimbangan serangan Akmal terhadap Kok mungkin menjejaskan peluang BN untuk menang.

Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah akan berdepan calon PN Mohd Haizan Jaafar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi dan hari mengundi awal pada 28 dan 24 September.

PRK Mahkota diadakan berikutan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

[Baca berita asal]