Skip to main
Logo Malaysiakini

PRK Mahkota: Pesta Tanglung ‘satukan’ DAP, MCA

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

BN dan Pakatan Harapan (PH) memulakan kempen bersama pertama dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota, Johor melalui penganjuran Pesta Tanglung, malam tadi.

Walaupun majlis biasanya berlangsung melibatkan orang yang tersayang, acara di Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Luan Khor di Kluang itu menyatukan bekas-bekas musuh politik.

Menteri Besar Johor Besar Onn Hafiz Ghazi, anggota majlis tertinggi Umno Ahmad Maslan, Presiden MCA Wee Ka Siong dan timbalannya Wee Jeck Seng serta ketua pemuda Johor Ling Tiang Soon dan exco Johor Lee Ting Han hadir bagi pihak BN.

PH pula diwakili oleh anggota parlimen Kluang Wong Shu Qi dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol Chew Chong Sin.

Tarian singa dan naga mengalu-alukan ketibaan kira-kira 500 orang hadirin.

Wong menyampaikan ucapan pertama dalam bahasa Mandarin dengan mengucapkan selamat merayakan pesta tanglung dan meminta orang ramai mengundi calon BN Syed Hussein Syed Abdullah.

“Undi Cina sangat penting dalam pilihan raya kecil ini. Kita sekarang tidak berapa dalam keadaan pasti menang,” katanya.

Sementara itu, Wong secara tidak sengaja memakai cheongsam yang mirip dengan corak dan warga kemeja Ka Siong.

Ia menyebabkan Ling, yang naik ke pentas selepas itu, bergurau sama ada dua pemimpin itu telah lebih awal merancang untuk memakai pakaian sedondon.

Ling juga menegaskan MCA dan DAP kita berganding mahu untuk satu tujuan supaya BN memang.

“Shu Qi kita dan Ka Siong, saya rasa mereka pakat. Nampak mereka macam pakai couple suit,” katanya.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bahru, Mei lalu, MCA tidak berkempen untuk calon DAP yang mewakili parti kerajaan.

Begitu juga dengan pilihan raya kecil Sungai Bakap yang ditandingi PKR manakala Umno di Nenggiri.

Bagaimanapun, kali ini mereka menunjukkan sikap berbeza dalam penamaan calon Sabtu lalu. 

Ia dijayakan walaupun terdapat ketegangan antara pemimpin Umno Akmal Salleh dan pemimpin DAP Teresa Kok dalam isu sijil halal.

[Baca berita asal]