Skip to main
Logo Malaysiakini

Israel wujudkan 'syarikat cengkerang' hasil alat kelui ke Lubnan - laporan

GLOBAL | Israel telah mewujudkan "shell company" (syarikat cengkerang) untuk menghasilkan alat kelui yang dipasang bahan letupan yang kemudian dihantar ke Lubnan, lapor Sputnik.

Akhbar The New York Times melaporkan, memetik tiga pegawai perisikan, secara luaran BAC Consulting Kft adalah sebuah syarikat berpangkalan di Hungary yang mempunyai kontrak untuk menghasilkan peranti itu bagi pihak syarikat Taiwan, Gold Apollo - namun sebenarnya, ia adalah sebahagian daripada syarikat hadapan Israel.

Sekurang-kurangnya dua lagi syarikat hadapan telah dicipta untuk menyembunyikan identiti sebenar individu yang mencipta alat kelui itu, dakwa pegawai perisikan Israel.

Pada masa yang sama, BAC Consulting Kft mempunyai pelanggan biasa, yang syarikat itu menghasilkan alat kelui tanpa bahan letupan, menurut akhbar berkenaan.

Alat kelui yang dipasang dengan bahan letupan mula dihantar ke Lubnan pada musim panas 2022, namun pengeluaran diperhebat selepas pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah mengecam penggunaan telefon bimbit atas alasan keselamatan.

- Bernama-Sputnik