‘Petronas tak cadang ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak’
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan selepas mesyuarat antara kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros, bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, hari ini.
Mesyuarat itu dihadiri Presiden dan CEO Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, CEO Petros Datuk Janin Girie dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki.
“Disahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak dan Petros. Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang persekutuan dan negeri berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan Sarawak, serta Petronas dan Petros telah mengesahkan bahawa perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak kini sedang berjalan antara mereka dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai