Enam PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurang kepada 207
Enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang ditutup menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah hanya berbaki 207 orang setakat 4 petang ini berbanding 609 orang pagi tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa daripada 49 keluarga itu masih ditempatkan di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang.
Enam PPS yang ditutup secara berperingkat hari ini ialah SMK Tanah Merah, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah, SK Haji Mohamad Ariff dan SK Syed Ibrahim selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran setakat 4 petang ini paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi paras bahaya iaitu 22.45 meter (m) manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar merekodkan tahap waspada iaitu 1.52m.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai