Skip to main
Logo Malaysiakini

Hamas sahkan seorang pemimpinnya terkorban dalam serangan Israel

Pergerakan Palestin Hamas pada Isnin mengesahkan bahawa seorang daripada pemimpinnya di Lubnan, Fateh Sherif Abu el-Amin terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan, lapor Sputnik.

“Hamas berduka atas kematian Fateh Sherif Abu el-Amin, pemimpin Islamic Resistance Movement di Lubnan dan anggota kepimpinan luar negara pergerakan itu.

Abu el-Amin meninggal dunia pada awal pagi ini selepas operasi pembunuhan yang menyasarkan beliau dan keluarganya semasa serbuan di selatan Lubnan,” menurut pergerakan itu menerusi hantaran di Telegram.

- Bernama