Skip to main
Logo Malaysiakini

Biar menteri agama jawab kebimbangan terhadap RUU Mufti - PM

Artikel ini sudah 23 hari diterbitkan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar akan memberi penjelasan berhubung kebimbangan berkaitan Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.

Bagaimanapun Anwar tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apabila ditanya pemberita, dan hanya berkata: “Itu biar menteri agama jawab”.

Terdahulu, RUU itu dikritik sejumlah pihak termasuk peguam, Latheefa Koya yang berkata ia boleh membawa kesan yang serius kepada orang Islam di Malaysia.

RUU itu dijadual akan dibentangkan di Dewan Rakyat yang akan kembali bersidang pada Isnin ini.

[Baca berita asal]