Skip to main
Logo Malaysiakini

Azam jamin pantau kes 1BestariNet

Artikel ini sudah 11 hari diterbitkan

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menyuarakan komitmen untuk memantau secara rapat siasatan ke atas 1BestariNet yang sedang berjalan.

Bercakap dengan media di Putrajaya hari ini, Azam menggesa semua pihak agar bersabar dan memberi masa kepada pegawai untuk melengkapkan siasatan secara terperinci.

“Saya tangguhkan dahulu pengumuman apa yang patut, nanti tunggu sehingga pegawai saya selesai menjalankan siasatannya.

“Saya (juga) sentiasa memantau siasatan ini dari semasa ke semasa jadi buat masa ini, tak payah tanya orang lain, tanya saya sahaja tentang perkembangan (kes) itu,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Sementara itu, Azam berkata SPRM memantau secara rapat lapangan terbang di seluruh negara untuk kemungkinan berlakunya kegiatan counter setting melibatkan cubaan membawa masuk warga asing secara salah di Malaysia.

“Kami sentiasa memantau semua lapangan terbang, yang menjadi pintu masuk untuk warga asing ke negara.

“Bagaimanapun, KLIA adalah pintu masuk utama, jadi kita tumpu usaha di sana,” katanya seperti dipetik New Straits Times.

[Baca berita asal]