Kento Momota keluar Hospital Putrajaya
Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam kemalangan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, dipercayai telah keluar daripada Hospital Putrajaya, semalam.
Media yang telah mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita megenai Momota yang akan pulang ke Jepun pada awal Rabu, melihat dua buah kenderaan konvoi tiba di sebuah hotel dekat Putrajaya.
Seorang lelaki yang dengan pembalut luka, dilihat keluar daripada salah sebuah daripada dua kenderaan MPV tersebut. Mereka dipercayai ditemani beberapa pegawai rasmi badminton daripada Jepun dan Malaysia.
Pada kejadian 4.40 pagi Selasa, van yang dalam perjalanan membawa Momota dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori, menyebabkan pemandu van B. Nageswarau, 24, maut di tempat kejadian manakala Momota, pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35; pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42; dan William Thomas, 30, seorang operator sistem Hawkeye, mengalami kecederaan.
Momota menjuarai kejohanan Masters Malaysia dengan menumpaskan bekas juara dunia dari Denmark Viktor Axelsen di peringkat akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai