Skip to main
Logo Malaysiakini

Lee Zii Jia kini 10 terbaik dunia

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Khabar gembira buat peminat sukan badminton tanah air apabila pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk berada di kedudukan ke-10 dunia.

Menerusi kemas kini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kedudukan Zii Jia itu naik tiga anak tangga berbanding kedudukan ke-13 sebelum ini.

Minggu lepas, pemain berusia 22 tahun itu mencipta kejutan di Kejohanan Badminton All England 2020, apabila mara sehingga ke saingan separuh akhir dalam penampilan pertama di kejohanan berprestij itu.

Zii Jia bersama 13 pemain dan enam jurulatih negara yang terlibat dengan kejohanan di Birmingham itu kini sedang melalui proses kuarantin selama 14 hari di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

-Bernama