Skip to main
Logo Malaysiakini

Neymar sertai kempen bantu keluarga miskin hadapi Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Penyerang kelab bola sepak Paris Saint-Germain, Neymar menyertai kempen membantu keluarga miskin di Brazil ketika mereka berdepan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Diterajui personaliti televisyen Brazil, Luciano Huck, kempen berkenaan turut mendapat sokongan juara sukan luncur dunia sebanyak dua kali, Gabriel Medina serta selebriti Brazil lain.

Kempen itu menyeru rakyat Brazil menderma wang - sama ada secara langsung atau menerusi pertubuhan kebajikan - kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira jumlah.

"Perpaduan seharusnya lebih kuat daripada virus," kata Neymar yang disiarkan menerusi media sosial.

Medina pula berkata: "Menghulurkan bantuan sekarang adalah lebih bermakna berbanding waktu lain."

Pada Khamis, Kerajaan Brazil mengumumkan bantuan bulanan 600 reais (AS$120) untuk pekerja berpendapatan rendah dan usahawan kecil, ketika kebanyakan negeri di negara itu menguatkuasakan perintah larangan perjalanan.

-Bernama