Skip to main
Logo Malaysiakini

KKM, MKN akan bincang isu aktiviti sukan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membincangkan isu ‘exit strategy’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menentukan bagaimana aktiviti sukan boleh dijalankan semula di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata MKN akan memutuskan sama ada aktiviti sukan boleh diteruskan ataupun tidak, dan pihaknya akan memberikan nasihat mengenai perkara itu.

“Perlu tunggu keputusan MKN. Kita akan bincang isu ini, tetapi ada nasihat atau makluman oleh KKM.

"Kami akan bincang ‘exit strategy’ mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai saranan KKM dalam menetapkan tempoh masa yang khusus bagi membenarkan aktiviti sukan di negara ini dapat berjalan seperti biasa.

Dr Noor Hisham sekali lagi mengulangi garis panduan yang perlu dipatuhi ketika ini adalah orang ramai perlu mengelak berhimpun serta mengamalkan jarakan sosial bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.