AFC: Batal liga bola, beribu akan hilang kerja di Malaysia
Kira-kira 1,500 pemain bola sepak di Malaysia bakal menjadi penganggur sementara jika Liga Super, Liga Perdana, Liga M3 dan beberapa kejohanan peringkat pembangunan dibatalkan tahun ini.
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) John Paul berkata, industri bola sepak Malaysia boleh lumpuh dan semua pemain hilang punca pendapatan, lapor Harian Metro.
“Senang saja kalau nak berhenti liga, tapi lepas itu pemain nak buat apa?
“Pemain akan hilang pekerjaan terus lebih kurang beribu juga termasuk pegawai seperti jurulatih, fisioterapi dan kitman pasukan.
“Maknanya satu kumpulan yang besar akan terjejas nanti,” beliau dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata perlawanan boleh dilangsungkan dengan prosedur ketat dan tanpa penyokong seperti di beberapa negara Eropah.
Liga Jerman atau Bundesliga, La Liga, Liga Perdana Inggeris, Liga Austria dan Liga Turkmenistan dilapor akan dilangsungkan tanpa penyokong.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai