Skip to main
Logo Malaysiakini

Atlet program Road to Tokyo 2020 diberi kelonggaran jalani latihan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan telah memberi kelonggaran khas melibatkan 265 individu termasuk 57 atlet Program Road To Tokyo 2020, bagi persiapan dan sesi latihan menghadapi temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat khas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), telah menerima permohonan daripada Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican, hari ini.

Sesi latihan berkenaan akan dijalankan di tiga Kem Latihan Berpusat yang telah ditetapkan, iaitu Kompleks Sukan Bukit Jalil yang melibatkan 181 individu, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara (56) dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi (28).

“Kem Latihan Berpusat akan diadakan dari 1 sehingga 30 Jun sebagai fasa pertama, dengan saringan Covid-19 akan dilakukan sewaktu pendaftaran.

“KBS akan menggunakan pendekatan kuarantin selama 30 hari, ini bersamaan dua kali tempoh inkubasi,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

[Berita lanjut menyusul]