Skip to main
Logo Malaysiakini

Presiden, timb presiden Kafa digesa letak jawatan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kelab penyokong bola sepak Kelantan, The Red Warrior KLIA (TRWC KLIA) mendesak presiden dan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Afandi Hamzah meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada individu lain untuk memimpin persatuan itu.

Presiden TRWC KLIA Rozaki Ab Kadir, berkata dua pemimpin itu perlu memberikan kata putus kerana keputusan 'merehatkan diri' daripada menguruskan Kafa tidak memberikan kesan bagi membantu kemelut yang dihadapi oleh persatuan tersebut.

"Berehat...bermakna jawatan itu akan tergantung dan menyukarkan pengurusan Kafa untuk melantik presiden dan timbalan presiden yang baru,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata peletakan jawatan oleh kedua-dua pemimpin itu penting bagi memudahkan Kafa melantik individu lain untuk merancang hala tuju TRW dan persatuan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Sebelum ini, Kafa merehatkan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Afandi Hamzah daripada menguruskan persatuan itu yang ‘tenat’ dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan masalah kewangan.

-Bernama