Skip to main
Logo Malaysiakini

Kafa buat keputusan jual TRW lepas bincang pelabur esok

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat keputusan terakhir berhubung penjualan pasukan The Red Warriors (TRW) selepas mengadakan perbincangan dengan pelabur, Norizam Tukiman, di Kuala Lumpur, esok.

Setiausaha Agung Kafa Husin Deraman berkata kedua-dua pihak telah bertemu di Kota Bhari hari ini untuk proses taklimat sebelum perbincangan seterusnya esok.

“Keputusan akan dibuat petang esok sebelum diumumkan,” katanya ketika dihubungi, di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan pelabur itu antara individu yang berminat membeli pasukan itu.

Sementara itu, Norizam, ketika ditemui pemberita, berkata kehadiran beliau ke negeri itu untuk melihat sendiri keadaan yang dilalui Kafa ketika ini.

"Kehadiran saya bagi mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan pasukan Kelantan. Harap penyokong doa yang baik-baik untuk kami berjumpa jodoh dengan pasukan Kelantan.

"Saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan selanjutnya untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak," katanya.

- Bernama