Skip to main
Logo Malaysiakini

Pukul bola kena leher penjaga garisan: Penyertaan Djokovic dibatal

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pemain tenis pilihan utama, Novak Djokovic, dibatalkan penyertaannya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini, apabila tidak sengaja memukul bola sehingga terkena leher penjaga garisan, lapor Agensi Anadolu.

"Penyertaan juara Grand Slam 17 kali dan pilihan pertama Novak Djokovic dibatalkan pada pusingan ke-16 ketika menentang pilihan ke-20 Pablo Carreno Busta, kedudukan ketika itu 5-6 pada set pertama ," memetik kenyataan pihak Terbuka AS pada Ahad.

Berikutan itu Busta layak ke peringkat suku akhir.

Djokovic setakat ini sudah memenangi 17 gelaran Grand Slam, termasuk tiga kejuaraan Terbuka AS pada 2011, 2015 dan 2018.

- Bernama