Skip to main
Logo Malaysiakini

9 pemain bola sepak maut nahas jalan raya di Sierra Leone

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Fifa pada Rabu mengucapkan takziah atas kehilangan sembilan pemain bola sepak yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Sierra Leone, lapor Agensi Anadolu.

"Fifa terkejut dan sedih dengan kematian tragis membabitkan sembilan pemain bola sepak dan jurulatih komuniti Makarie FC dalam kemalangan jalan raya di Sierra Leone.

“Presiden dan Fifa mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," kata pertubuhan itu dalam kenyataan.

Nahas jalan raya itu berlaku pada Ahad di Makeni, utara Sierra Leone.

-Bernama