Skip to main
Logo Malaysiakini

Jangan gentar dengan JDT, pesan pengendali Terengganu FC

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain berharap skuad bimbingannya dapat membawa pulang keputusan positif dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Sabtu ini.

Jurulatih berusia 43 tahun itu berkata meskipun JDT mempunyai pelbagai kelebihan, beliau mengingatkan anak buahnya supaya tidak gentar dengan penghuni tempat pertama liga itu.

“Memanglah JDT mempunyai pelbagai kelebihan seperti pasukan mereka ada ramai pemain yang sudah bersama selama dua atau tiga tahun jadi persefahaman yang mereka ada mungkin lebih baik berbanding kita (TFC).

“Namun, saya ingatkan anak buah supaya jangan gentar dan yakin dengan diri sendiri apabila ‘pegang bola’ nanti. Kita juga ada kemampuan sendiri,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Pertembungan pada Sabtu ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor dijangka sengit kerana TFC perlu memastikan skuad Penyu kekal berada pada kedudukan kedua liga memandangkan kini hanya mempunyai kelebihan satu mata berbanding penghuni tempat ketiga, Kedah Darul Aman FC.

- Bernama