Skip to main
Logo Malaysiakini

Pegawai kesihatan Jepun mahu Olimpik tanpa penonton

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Lembaga Penasihat Covid-19 Jepun pada hari ini menyatakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 perlu diadakan tanpa kehadiran penonton, menurut Anadolu Agensi Kyodo.

Ketua Pertubuhan Penjagaan Kesihatan Komuniti Jepun Shigeru Omi berkata demikian pada sidang media di Tokyo.

Katanya langkah itu adalah kaedah terbaik dan berkesan untuk mengurangkan risiko penularan virus.

Omi turut menasihatkan penganjur memikirkan kaedah terbaik untuk mengurangkan risiko dan membuat keputusan secepat mungkin.

Selain itu, 26 pakar termasuk Ketua Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Takaji Wakita turut menyuarakan kebimbangan mereka bahawa Olimpik mungkin akan mencetuskan gelombang baru wabak Covid-19.

Menteri Olimpik Seiko Hashimoto berkata pihak penganjur akan meneliti perkara itu dengan lebih terperinci dan mencari cara paling sesuai serta selamat untuk penonton, termasuk berunding dengan pakar.

Sukan Olimpik yang ditunda tahun lalu bakal diadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik dari 24 Ogos-5 September.

- Bernama