Azreen Nabila perbaharui rekod peribadi, mara ke pusingan pertama
Pelari pecut wanita negara Azreen Nabila Alias, menampilkan larian bertenaga untuk mara ke pusingan pertama acara 100 meter (m), selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam pusingan kelayakan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, pagi ini.
Lebih membanggakan, pelari kelahiran Kuala Terengganu itu yang kali pertama beraksi di pentas Olimpik, turut memperbaharui rekod peribadi terbaiknya apabila mencatat masa 11.77 saat (s) dalam saringan kedua acara berkenaan berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.
Catatan peribadi terbaik atlet berusia 21 tahun itu, yang meraih tiket ‘wild card’ di temasya Sukan Olimpik Tokyo adalah 11.92 saat.
Pelari Iran Farzaneh Fasihi, menamatkan saringan tersebut di tempat pertama apabila mencatat masa 11.76s, manakala Alshammari Mudhawi dari Kuwait di kedudukan ketiga dengan masa 11.82s.
Tiga atlet terbaik dalam setiap saringan aksi kelayakan, layak ke pusingan pertama.
Saingan pusingan pertama acara 100m wanita, dijadual bermula pada 12.15 tengah hari waktu tempatan (11.15 pagi waktu Malaysia).
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai