Skip to main
Logo Malaysiakini

Cabaran Sivasangari di Terbuka Manchester berakhir

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Cabaran pemain skuasy negara S. Sivasangari di Terbuka Manchester berakhir di suku akhir, berikutan kekalahan kepada pemain nombor enam dunia Sarah-Jane Perry dari England di Pusat Skuasy Nasional Manchester, malam tadi.

Walaupun bermula dengan agak terus dan tewas 3-11 pada set pertama, pemain nombor 36 dunia itu, berjaya memberikan saingan kepada pemain pilihan kedua kejohanan itu sebelum tewas 9-11, 10-12 pada set-set berikutnya.

Sarah dijadualkan bertemu Tesni Evans dari Wales pada peringkat separuh akhir, malam esok.

Sivasangari layak ke suku akhir selepas mengejutkan pemain nombor 12 dunia Rowan Elaraby dari Mesir 11-7, 11-7, 11-3 pada perlawanan pusingan kedua semalam.

Seorang lagi wakil negara Rachel Arnold tewas di pusingan kedua selepas kalah 5-11, 7-11, 4-11 kepada pemain pilihan utama kejohanan Hania El Hammamy dari Mesir, manakala dalam kategori lelaki Eain Yow Ng dikalahkan seorang lagi pemain Mesir Omar Mosaad 10-12,11-4, 6-11, 11-7, 4-11.

- Bernama