Skip to main
Logo Malaysiakini

Eain Yow, Rachel teruskan cabaran di Terbuka British

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Dua pemain skuasy kebangsaan Eain Yow Ng dan Rachel meneruskan prestasi baik mereka di Terbuka British 2021 yang berlangsung di Hull, England hari ini.

Eain Yow berada pada kelas tersendiri apabila beliau mengalahkan pemain pilihan kelima Karim Abdel Gawad dari Mesir dalam perlawanan pusingan kedua yang mendebarkan 11-7, 7-11, 11-5, 7-11, 11-2 untuk layak ke pusingan seterusnya, esok.

Pemain nombor ke-22 dunia berasal daripada Kuala lumpur itu akan bertemu pemain Columbia Miguel Rodriguez yang menewaskan pemain Amerika Syarikat Todd Harrity 11-8, 11-9, 11-4, pada pusingan kedua.

Sementara itu Rachel pula mengalahkan pemain tuan rumah, Lucy Turmel 11-4,11-6, 11-7 untuk layak ke pusingan ketiga.

Pemain berusia 25 tahun itu akan bertemu sama ada Nadine Shahin atau pemain pilihan kelapan Salma Hany, kedua-dua berasal dari Mesir, yang akan betermu dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua hari ini.

Sementara itu, walaupun memenangi set pertama 11-9, S. Sivangasari tidak dapat mengekalkan permainannya dan ditunjukkan jalan keluas selepas tewas tiga set berikutnya kepada pemain pilihan keenam Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-2, 11-6, 11-8.

Amanda akan bertemu rakan senegaranya Olivia Clyne yang menewaskan Milou van der Heijden dari Belanda 10-12, 11-7, 10-12, 11-6, 11-6.

- Bernama