Pandelela dedah jurulatih buat lawak lucah, kemudian terbabit kes rogol
Ratu terjun negara Pandelela Rinong mendedahkan terdapat jurulatihnya yang gemar membuat lawak lucah dan kemudian berakhir dengan kes rogol.
“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh (gelak buat-buat) sebab takut dia.
“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.
“Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol,” katanya di Twitter yang menggunakan tanda pagar #rapejokeisnotfunny, bermaksud lawak rogol tidak lucu.
Tambah Pandelela, dalam masa tujuh tahun, jurulatih itu membuat hal setiap tahun.
Bagaimanapun, katanya, dia dan rakan atlet tidak dapat berbuat apa-apa kerana “backup besar dia adalah head coach (ketua jurulatih) kami sendiri”.
Bagaimanapun, katanya, mereka beruntung kepada persatuan sukan melindungi mereka.
“Pengajarannya, kita perlu pemimpin yang boleh tegur apa yang salah, bukan tutup sebelah mata,” katanya.
Justeru, pemenang pingat Olimpik dua kali itu menasihatkan, jangan terlalu menyanjung seseorang berdasarkan pencapaian, tanpa memeriksa dahulu peribadinya.
Dia juga meminta mangsa tampil menyuarakan gangguan diterima mereka.
“Suara-suara kecil masih bermakna jika kita bersama,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai