Skip to main
Logo Malaysiakini

Suspek ditahan rogol remaja bukan pemain Kelantan FC - TRW

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kelantan FC hari ini mengesahkan bahawa tiada pemain pasukan itu ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, di Kota Bharu Ahad lepas.

Pengurus Operasi TRW Kelantan FC Qusmaini Noor Rosli berkata perkara itu disahkan selepas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan berhubung isu tersebut.

"Kami (Kelantan FC) mengesahkan bahawa tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek seorang pemain bola sepak liga tempatan berusia 28 tahun ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kota Bharu, selepas mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis.

Qusmaini berkata Kelantan FC juga mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes tersebut.

"Kelantan FC telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah kepada pemain pasukan,” katanya

- Bernama