Skip to main
Logo Malaysiakini

Harimau Malaya, ayuh bangkit - PM

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaya pada perlawanan menentang Bahrain malam tadi.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata kalah menang itu adat pertandingan dan skuad kendalian Kim Pan Gon perlu terus berjuang untuk perlawanan seterusnya.

“Buat para pemain, ini bukan pengakhiran tetapi peluang untuk kita buat lebih baik selepas ini. Ayuh bangkit!” katanya.

Terdahulu, skuad kebangsaan tewas tipis kepada Bahrain 1-2 pada aksi kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook malam ini berkesempatan bertemu skuad Harimau Malaya untuk memberikan kata-kata semangat kepada pemain sebelum perlawanan bermula.

“All the best, selamat berjuang! You all carry Malaysia flag...go for it!,” katanya dalam video berdurasi 43 saat itu.

Beliau berkata sokongan jitu Keluarga Malaysia malam ini mampu memberi sokongan moral untuk skuad kebangsaan mencapai kemenangan.

- Bernama