Skip to main
Logo Malaysiakini

Mauricio tak lagi sarung jersi JDT

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

JDT hari ini mengesahkan tunjang pertahanan mereka, Mauricio dos Santos Nascimento, akan menamatkan perkhidmatannya bersama kelab Harimau Selatan itu.

Mauricio mula melakar nama bersama JDT pada 2019 dan sejak itu membantu pasukan terbabit menjulang lapan piala yang merangkumi saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Dalam satu kenyataan di media sosial JDT hari ini, pendahulu Liga Super itu berkata Mauricio, 33, meninggalkan kelab tersebut dengan gelaran seorang legenda.

“Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama.

“Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga JDT,” katanya.

Pengumuman meninggalkan persoalan tentang siapa yang akan diberikan kepercayaan untuk menggantikan tempat berkenaan pemain dari Brazil itu.

Sementara itu ada desas-desus mengaitkan beberapa pemain bakal menyarung jersi JDT. Antaranya ialah bekas pemain pertahanan KL City, Daniel Ting, dan pemain skuad kebangsaan Dion Cools.

Namun setakat ini masih belum ada kata muktamad mengenai pemain yang akan menyertai kelab tersohor selatan tanah air itu.