Skip to main
Logo Malaysiakini

KL City, PDRM FC buka saingan Piala Malaysia 2022

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Persoalan mengenai jadual penuh perlawanan pusingan 16 pasukan bagi kempen Piala Malaysia 2022 akhirnya terungkai selepas saingan Liga Super 2022 menutup saingan malam tadi.

Juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) City FC yang menamatkan saingan di tempat keenam liga dijadual bertemu pasukan daripada Liga Premier, PDRM FC manakala naib johan musim lepas yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim pula menentang Petaling Jaya City FC.

Pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia, Selangor FC dengan rekod 33 kejuaraan, akan membuat perhitungan menentang satu lagi pasukan Liga Premier, Kelantan United FC.

Sementara naib juara Liga Super 2022, Terengganu FC bakal berdepan pasukan tangga ketujuh Liga Super, Sri Pahang FC.

Terdahulu, majlis undian yang berlangsung pada 6 Okt menyaksikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya menetapkan kedudukan posisi 11 pasukan Liga Super menentang lima pasukan Liga Premier yang menamatkan saingan pada 30 Sept lepas.

Aksi pusingan 16 pasukan yang dijalankan secara timbal balik itu akan bermula pada 25 dan 26 Okt ini manakala final di venue yang akan ditetapkan MFL akan berlangsung 26 Nov.

Berikut jadual perlawanan pusingan 16 pasukan Piala Malaysia 2022:

Penang FC lwn Kuching City FC

UiTM FC lwn Sabah FC

Sarawak United FC lwn Kelantan FC

Petaling Jaya City FC lwn Johor Darul Ta’zim

Kelantan United FC lwn Selangor FC

Kedah Darul Aman FC vs Negeri Sembilan FC

PDRM FC lwn Kuala Lumpur City FC

Sri Pahang FC lwn Terengganu FC

-Bernama