Skip to main
Logo Malaysiakini

Zee Jia tarik diri Terbuka Hylo di Jerman

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jaguh badminton profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak akan mengambil bahagian dalam Terbuka Hylo 2022 di Saarbrucken, Jerman yang dijadualkan pada 1 hingga 6 Nov ini.

Pengurus Zii Jia, yang merupakan kakaknya Lee Zii Yii, dalam kenyataan hari ini berkata ia disebabkan perkara peribadi, yang memerlukan dia kembali ke Malaysia.

“Terima kasih kepada semua ucapan salam mesra serta keprihatinan ramai. Diharapkan dia akan kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.

Rabu lepas Zii Jia tersingkir daripada Kejohanan Terbuka Perancis 2022 selepas ditumpaskan oleh pemain bukan pilihan dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito dengan 19-21, 18-21.

-Bernama