Skip to main
Logo Malaysiakini

Piala Dunia: Tuan rumah Qatar pasukan pertama tersingkir

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelawanan Belanda dan Ecuador menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 dalam Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2022.

Dengan keputusan itu bermakna tuan rumah Qatar menjadi pasukan pertama yang tersingkir daripada pentas saingan Piala Dunia.

Belanda mendahului saingan menerusi jaringan Cody Gakpo pada minit keenam sebelum Ecuador menyamakan kedudukan menerusi Enner Valencia, empat minit selepas perlawanan memasuki babak kedua.

Pasukan Belanda dan Ecuador berkongsi empat mata dalam Kumpulan A diikuti Senegal dengan tiga mata.

Pusingan terakhir untuk Kumpulan A yang adakan diadakan pada Selasa menyaksikan Ecuador bertemu Senegal manakala Belanda menentang tuan rumah Qatar.

-Bernama