Skip to main
Logo Malaysiakini

Arab Saudi calon tunggal tuan rumah Piala Asia 2027

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Arab Saudi menjadi satu-satunya negara pembida bagi tuan rumah Piala Asia 2027 selepas India bertindak menarik diri dan disahkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam.

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah dimaklumkan secara rasmi oleh Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) mengenai keputusan untuk menarik balik bidaan mereka daripada proses pemilihan tuan rumah Piala Asia AFC 2027,” menurut AFC dalam kenyataan dan dilaporkan agensi berita Anadolu.

Badan induk itu memaklumkan pihaknya akan membentangkan tawaran Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah kejohanan edisi ke-19 kepada kongres yang akan diadakan di Manama, Bahrain pada pada Feb tahun depan.

Edisi Piala Asia AFC 2023 akan berlangsung di Qatar selepas tuan rumah China menarik diri kerana dasar "sifar Covid".

Piala Asia diadakan setiap empat tahun.

- Bernama