Skip to main
Logo Malaysiakini

TFC nafi Akhyar bakal hijrah ke T'ganu

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh menafikan berita mengaitkan perpindahan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Terengganu.

Menurut Ab Rasid berita tersebut sekadar khabar angin kerana tiada sebarang perbincangan antara TFC dengan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

Beliau berkata pihaknya hanya mengetahui perkembangan tersebut melalui portal dan media sosial yang belum dipastikan kesahihannya.

"Saya tidak tahu menahu perkara itu (perpindahan Akhyar Rashid)....hanya khabar angin di media sosial," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Beberapa portal sukan sebelum ini mendakwa Akhyar yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Harimau Selatan bakal dipinjamkan ke skuad Penyu musim ini.

Kehadiran pemain berusia 24 tahun itu dikatakan bagi menggantikan pemain sayap lincah, Faisal Halim yang berpindah ke Selangor FC musim ini.

- Bernama