Walau dapat tempat terakhir, Bou Samnang menangi hati rakyat Kemboja
Kesungguhan atlet Kemboja Bou Samnang untuk menamatkan acara larian 5,000m kategori wanita ketika hujan yang lebat di Sukan Sea pada Isnin lalu berjaya memenangi hati rakyat negara itu.
Hujan lebat yang membasahi stadium di Phonm Penh tidak mematahkan semangat Bou walaupun dia mengambil masa selama 22 minit dan 54 saat untuk tiba di garisan penamat - enam minit setelah pemenang dari Vietnam, Nguyen Thi Oanh telah sampai ke garisan penamat.
Bou mendapat tempat terakhir dalam acara itu. Sebaik tiba di garisan penamat,dia dilihat menangis dan menunjukkan isyarat penghargaan kepada hadirin yang menyokongnya.
Menurut laporan AFP, semangatnya itu mendapat perhatian warga Kemboja yang terus memberi kata-kata semangat kepada Bou.
“Biarpun kalah, anda telah memenangi hati Kemboja,” kata seorang pengguna Facebook, Mao Vanthan.
Seorang lagi pengguna media sosial, Kong Dara menyifatkan semangat kental Bou menjadi inspirasi kepada mereka.
“Komitmen anda untuk mengharungi cabaran, mengekalkan sikap positif dan tidak pernah berputus asa terhadap diri sendiri adalah bukti kekuatan anda.
“Anda mungkin tidak memenangi perlumbaan tetapi memenangi kekaguman dan penghormatan kami atas semangat anda yang tidak berbelah bahagi," katanya.
Menurut pegawai Kementerian Penerangan Kemboja, Bou mendapat bonus AS$250 daripada menterinya Khieu Kanharith.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai