Skip to main
Logo Malaysiakini

Harimau Malaya belasah Papua New Guinea 10-0

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Malaysia melakar kemenangan bergaya dengan membelasah Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu sebentar tadi.

Jaringan dibuka oleh Safawi Rasid menerusi sepakan penalti di masa tambahan separuh masa pertama.

Pesta gol pada separuh masa kedua dimulakan oleh Paulo Josue pada minit ke-52 perlawanan, yang turut menambah dua lagi gol buat skuad Harimau Malaya.

Namun aksi paling cemerlang milik penyerang Arif Aiman Hanapi yang menjaringkan empat gol (minit ke-57, 60, 87, 89).

Dua lagi gol dijaringkan Faisal Halim (minit ke-59) dan Daniel Ting (minit ke-76).

SENARAI PEMAIN:

MALAYSIA: Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Shahrul Mohd Saad (Kapten), Dominic Tan (Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi), Stuart Wilkin, Nooa Laine, Muhammad Safawi Rasid (Arif Aiman Mohd Hanapi), Paulo Josue (Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Mohamad Faisal Abdul Halim), Corbin Ong (Daniel Ting), Muhammad Azam Azmi Murad, Endrik Dos Santos (Junior Eldstal).

PAPUA NEW GUINEA: Ronald Warisan, Daniel Joe, Ati Kepo (Rex Naime), Raymond Gunemba (Kapten) (Joel Iha), Emmanuel Simon, Solomon Rani, Kolu Kepo, Yagi Yasasa (Oberth Simon), Pala Paul (Lee Navu Faunt), Ferdahlas Namuesh, Joshua Talau (Godfrey Haro).

Pengadil:  Yudi Nurcahaya (INA) 

Penjaring:

Muhammad Safawi Rasid (penalti 45 + 4 min), Paulo Josue (52”, 64”, 70”), Arif Aiman Mohd Hanapi (57”, 60”, 87”, 89”), Mohamad Faisal Abdul Halim (59”), Daniel Ting (76”).