Skip to main
Logo Malaysiakini

Benarkan bantuan kemanusiaan di Gaza segera - Mo Salah 

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Penyerang Liverpool Mohamed Salah atau lebih dikenali sebagai Mo Salah menggesa bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki ke Gaza dengan serta-merta.

Gesaan itu dibuat susulan kejadian pengeboman di Hospital Baptist al-Ahli yang dipercayai mengorbankan ratusan nyawa semalam.

Mosalah menyampaikan mesej itu menerusi video di akaun rasmi X miliknya awal pagi tadi.

Sementara itu, pemain bola sepak asal Mesir itu juga menggesa keganasan di Timur Tengah itu ditamatkan segera.

 “Tidak mudah untuk bercakap pada waktu sebegini. 

“Sudah banyak keganasan, kesedihan dan kekejaman yang melampau sudah terjadi,” katanya di awal video.

 “Pembunuhan beramai-ramai ini perlu dihentikan. 

“Ramai keluarga yang kehilangan sesama sendiri,” ulasnya kepada lebih 19 juta pengikutnya di X.

Hospital Baptist al-Ahli

Mesej itu telah mendapat hampir 100 juta tontonan.

Penyokong Liverpool juga rata-rata menyambut baik mesej daripada pemain berjersi nombor 11 itu.

Salah berkata keadaan masyarakat di Gaza sudah terlampau teruk dan mereka sangat memerlukan bantuan bekalan makanan, air dan perubatan secepat yang mungkin.

Dalam video yang berdurasi 51 saat itu, Mosalah juga menggesa pemimpin dunia untuk bersama mencegah pembunuhan lebih ramai nyawa yang tidak berdosa.

Semalam, dianggarkan 500 rakyat Palestin terbunuh dalam letupan di Hospital Arab al-Ahli.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza mendakwa insiden itu ekoran serangan udara Israel. Israel pula mendakwa letupan itu berpunca daripada kegagalan pelancaran roket oleh kumpulan Palestin.