Empat pelari acara separa maraton Beijing dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Penganjur melakukan siasatan selepas klip video perlumbaan Ahad menunjukkan pelari Kenya, Robert Keter dan Willy Mnangat serta Dejene Bikila dari Ethiopia sengaja memperlahankan larian sebelum garisan penamat untuk memberi kemenangan kepada He Jie dari China.
Ketiga-tiga pelari Afrika itu telah dijemput oleh Xtep, penaja rasmi Beijing Half Marathon, untuk bertindak sebagai pace-setter, tetapi tidak layak untuk bersaing sebagai atlet elit, kata Jawatankuasa Penganjur dalam kenyataan.
"Trofi, pingat dan bonus mereka akan dikembalikan," tambah kenyataan itu.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai