Tular klip pemain bergaduh dalam aksi Piala Belia
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Melaka, semalam.
Rakaman selama 44 saat itu menyaksikan situasi di Stadium Hang Tuah tegang dengan adegan tolak-menolak antara pemain sambil pegawai kedua-dua pasukan dilihat cuba untuk menenangkan keadaan.
Namun salah seorang pemain kelihatan melakukan tindakan agresif dengan menendang belakang badan pemain lawan.
“Rakaman insiden panas yang berlaku ketika aksi Piala Belia 2024 membabitkan Melaka dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, petang tadi (semalam).
“Insiden itu menyaksikan pemain simpanan Sri Pahang FC Adam Syaqir Barzu dilayangkan kad merah pada minit ke-41 kerana menendang pemain Melaka,” menurut hantaran Facebook Melaka United Media yang berkongsi rakaman aksi pergaduhan itu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM ACP (B) Md Dali Wahid ketika dihubungi hari ini mengesahkan insiden pergaduhan itu namun belum menerima maklumat penuh berhubung kejadian berkenaan.
Sebelum ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pergaduhan pada pertandingan Piala Presiden (Bawah 20 Tahun) dan Piala Belia (Bawah 18 Tahun) musim ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai