Aaron-Wooi Yik pertahan pingat gangsa di Olimpik Paris 2024
Beregu badminton lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa sekali gus pingat pertama Malaysia di temasya Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Menewaskan pasangan Denmark Anders Skaarup Rasmussen dan Kim Astrup dalam set penentuan, wakil negara mengulangi pencapaian di Tokyo 2020.
Chia dan Wooi Yik yang tewas pada set pertama 16-21, kemudiannya mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam saingan set kedua.
Ketinggalan 16-20 menyaksinya peluang bagai telur di hujung tanduk namun mereka bangkit dan mara mengejar kedudukan mata 20-20.
Pasangan di ranking ketiga dunia itu membuktikan mereka mampu mengubah kedudukan apabila menang 22-20 dan mengheret perlawanan ke rubber set.
Persaingan set penentuan itu sekali lagi memperlihatkan Chia dan Wooi Yik tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus mengungguli perlawanan.
Bagaimana wakil Denmark tidak memberi laluan mudah apabila kembali mengimbangi kedudukan.
Perlawanan buku bertemu ruas itu ternyata menghadir tuah untuk Malaysia dengan kemenangan Chia - Wooi Yik dengan mata 21-19.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai